Sunday, April 25, 2010

Gaduh, Gila, Otak

Suatu hari tiga orang sahabat karib sedang berjalan-jalan. Mereka masing-masing bernama Gaduh, Gila dan Otak.

Sedang mereka leka berjalan-jalan, Otak tiba-tiba tersedar Gaduh telah hilang.

Otak: Oit Gila, Gaduh hilang la.

Setelah beberapa ketika mencari, mereka masih tak dapat menemui sahabat mereka itu.

Gila: Otak, ni kes serius ni, aku rase baik kita buat laporan polis.

Otak: Aku pon rase camtu gak.

Setibanya di balai polis, Gila pon masuk ke dalam....

Polis: Ye, kamu nak apa?

Gila: Saya nak cari Gaduh.

Polis: Kamu nak cari gaduh? apa kamu ni gila ka?

Gila: Ya, memang saya Gila. Mane encik tahu?

Polis: Apa? Kamu gila?! kamu ada otak tak?

Gila: Otak ada, tapi die ade kat luar. (sambil menunjuk ke arah Otak yang menunggu di luar)

Polis: @#$%^&

* Otak melambai dari luar

** cerita ini merupakan penceritaan semula berdasarkan pembacaan penulis semasa di sekolah rendah dan bukan rekaan penulis blog ini.

2 comments:

Dr. Syaimaa' Ahmad m.b.b.s said...

ko update on monthly basis ke?
eh, yearly~
haha

dR. MuS said...

xah ikut sem ar. haha